PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Friday, July 31, 2009

AL-FATIHAH: Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Jenazah Allahyarham dibawa dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting.

Semoga Allah SWT merahmati dan meredhoi perjuangannya selama ini.

ALFATIHAH

-ibnumustafa-

Wednesday, July 29, 2009

Malu suatu sifat yang mulia

Rasa malu merupakan sebahagian dari akhlaq Nabi SAW yang harus menjadi teladan bagi kita sebagai muslimin.

Tentang sifat malu Nabi SAW, seorang sahabat besar bernama Abi Said al-Khudri RA menceritakan:

Adalah Rasulullah SAW sangat tinggi rasa malunya, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahui pada wajah baginda”. - HR Muslim.

pelik kalau fikir balik yang kanak2 pun lebih pandai malu dari orang dewasa

Sifat malu menurut pengertian para ulama’ selalu bersetentang dengan sifat-sifat tercela, tidak menolak kebenaran dan takut mengambil hak orang lain. Ia selalu cenderung mengikuti seruan petunjuk Rasulullah SAW yang difahami dari hadith-hadithnya, selalu melakukan kebaikan dan menghargai pelaku kebaikan. Sifat ini secara langsung menjadi penentu kepada sikap dan tindakan yang baik di dalam masyarakatnya.

Umron Bin Hashim RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu apapun kecuali kebaikan” - Hadith Muttafaq alaih.

Dan dalam riwayat Muslim dengan ucapan yang sedikit berbeza:

sifat malu itu seluruhnya mengandungi kebaikan”.

Dari Abu Hurairah RA, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Iman itu mengandungi 71 atau 61 cabang dan yang paling utamanya adalah mengucapkan La ilaaha illallah (Tidak ada Tuhan kecuali Allah) dan serendah-rendahnya adalah menyingkirkan duri (gangguan di jalan). Dan sifat malu merupakan satu bahagian dari iman”. - Hadith Muttafaq alaih.

malu ni macam bunga...seronok sangat bila tengok...

Seorang muslim yang benar-benar jujur selalu mengisi hidupnya dengan cara yang terdidik, halus perasaan, tidak terdetik di dalam hatinya niat untuk melakukan perbuatan tercela yang boleh mengganggu orang lain dan tidak mengganggu hak orang lain juga. Oleh yang demikian, semua sifat tercela itu dapat ditutup oleh sifat malu.

Tidak cukup rasa malu itu hanya tertuju kepada manusia tetapi lebih besar di hadapan Allah SWT. Kerana dengan bersifat malu itu, kita tidak akan mencampur-adukkan keimanan dengan kezaliman. Disini jelas sifat malu merupakan cabang dari iman. Ikatan akhlaq yang ikhlas terhadap Allah SWT memungkinkan kita sebagai salah seorang individu muslim untuk berlaku ikhlas secara mendalam terhadap orang lain juga. Keteguhan akhlaq inilah yang akan membantu kita memartabatkan Islam.


Malunya setiap muslim terhadap Allah SWT akan terpancar dalam rahsia hatinya, sebelum muncul rasa malu terhadap sesama manusia secara lahiriah. Sifat malu terhadap Allah SWT inilah yang membezakan dan merupakan garis pemisah antara akhlaq seorang muslim dengan moral bukan muslim.

Pesanan : Amalkanlah sifat malu kerana ianya satu bahagian daripada iman. Semoga Allah SWT membantu kita dalam usaha mentarbiahkan diri ini. InsyaAllah..

-ibnumustafa-

Tuesday, July 28, 2009

Adakah LELAKI lebih ramai masuk neraka?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadith Nabi Muhammad SAW yang menceritakan pengalaman Baginda SAW bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban ke dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadith Baginda SAW. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali KW berkata:

"Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda SAW menjawab:

"Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya:

"Apakah yang ayahanda lihat di sana?"

Rasulullah SAW menjawab:

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak)."

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak."

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:

"Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah SAW menjawab:

"Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya."

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya."

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang."

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain."

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah."

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Perempuan menyakiti hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik RA mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan dimurkai Allah."

Usamah bin Zaid RA menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab:

"Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." - HR Bukhari.

-ibnumustafa-

Thursday, July 23, 2009

Gerhana Matahari tanda keagungan Allah SWT

Gerhana Matahari Pegunkan Asia

Gerhana Matahari paling panjang dalam abad ke-21 ini menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana Matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama 6 minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.

Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana Matahari penuh semalam dapat di saksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar, China dan Jepun.

Kali kedua Gerhana Matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.

Berkesempatankah kita?

Gerhana Matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu ia menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, namun bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat dengan bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana Matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana Matahari 2009 berlaku pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana Matahari separa ini hanya 17.8% sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan. Gerhana Matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.

Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi. Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China. Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.

Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Walaupun di Malaysia tidaklah nampak ketara sangat, namun ingin saya berkongsi di sini gambar-gambar menarik yang sempat diambil di serata tempat di seluruh dunia ketika kejadian gerhana tersebut..

Seorang guru Sains, Bibi Nasratjahan Gulab Khan (tengah) bersama pelajarnya menggunakan bekas berisi air untuk melihat gerhana matahari di Kuala Lumpur semalam.

Gerhana matahari separa dirakamkan berhampiran pejabat Pertubuhan Berita Nasional di Alor Setar, semalam. Gerhana matahari separa, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, boleh dilihat antara 9.20 pagi hingga 9.30 pagi semalam di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

Gerhana Matahari yang dirakam di Pulau Pinang, semalam.

Ribuan orang berkumpul untuk menonton gerhana matahari di Taregna; 300batu di utara-barat Calcutta. NASA mengatakan di sini merupakan tempat terbaik untuk melihat fenomena ini.

Kanak-kanak Korea Selatan melihat fenomena gerhana matahari dengan penuh khusyuk. Di Korea Selatan gerhana berlaku pada pukul 9.45 pagi waktu di sana. Pada pukul 10.50 pagi bulan menutupi hampir 80% matahari.

Bulan bergerak melintasi matahari di atas sebuah masjid di Rawalpindi, Pakistan.

Kombinasi gambar menunjukkan urutan gerhana matahari yang berlaku di tengah-tengah negara China.

Kepercayaan mana entah nie.. doktor mengatakan yang menanam tubuh di dalam pasir semasa berlakunya gerhana matahari dapat menyembuhkan sakit. Gambar di ambil berhampiran sungai Indus.

"Saya pun nak melihat gerhana matahari jugak!". Mungkin itu luahan hati anjing itu. Tapi orang tengok kat atas dia tengok ke depan. Haha..

Lampu dinyalakan di Shanghai ketika berlakunya gerhana matahari penuh.

Tangkap gambar gerhana melalui teleskop pun boleh..

Ni gambar kat Chongqing, di tengah negara China.. semasa gerhana penuh..

Korang tengok gerhana matahari ke tengok orang lemas nie? - Sungai Qiantang di Bandar Yanguan , Haining City, China.

Hai... Kena kuarantin H1N1 pun sempat lagi keluar nak tengok gerhana ke??

Umat Islam kena elak perbuatan tahyul ketika fenomena alam

Masyarakat Islam dinasihatkan tidak melakukan perkara khurafat yang boleh melanggar aqidah Islam apabila berlaku gerhana matahari. Fenomena gerhana matahari separa itu akan dapat dilihat terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia khususnya Kangar, Perlis mulai jam 8.23 pagi semalam.

Sehingga kini masih ramai yang mengaitkan kepercayaan salah termasuk kelahiran dan kematian dengan gerhana matahari dan khurafat itu perlu dihentikan kerana ia menyebabkan syirik kepada Allah SWT.

Gerhana matahari perlu dilihat sebagai satu lagi kejadian yang membuktikan kebesaran Allah SWT yang berkuasa ke atas makhluknya termasuk menentukan peraturannya.

Apa yang perlu dilakukan masyarakat Islam, selain melihat keagungan Allah SWT itu ialah mereka hendaklah mensyukuri melalui solat sunat gerhana matahari diikuti dengan khutbah khas seperti yang dilakukan Rasulullah SAW ketika fenomena itu berlaku pada tahun 8 Hijrah.

Rakyat Malaysia boleh melihat gerhana matahari penuh itu hari ini dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.live-eclipse.org dan www.eclipse-tv.com.

Gerhana matahari separa yang sukar dilihat dengan mata kasar, telah berlangsung selama lebih sejam iaitu bermula 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Fenomena yang berlaku semalam, amatlah besar hikmatnya, supaya manusia memerhatikan kebesaran Allah SWT. Bulan, matahari dan cakerawala lain, sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah SWT.

Oleh itu, manusia yang lebih sempurna sifatnya, hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT, apatah lagi ketika gerhana matahari. Umat Islam disunatkan mengadakan solat sunat gerhana matahari dan khutbah khas. Manusia hendaklah sedar bahawa nikmat matahari kurniaan Allah SWT boleh diambil kembali pada bila-bila masa sahaja.

Sebahagian wilayah dari India sehingga Shanghai, China dan Jepun telah bergelap hampir enam minit, berikutan fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku semalam, yang dianggap gerhana paling lama bagi abad ke-21. Bagaimanapun, Malaysia yang pernah mengalami gerhana matahari penuh di Kudat Sabah pada November 1995, dan beberapa negara lain di Asia, sebaliknya hanya mengalami gerhana matahari separa selepas waktu Subuh, namun ia semakin jelas dari jam 8.23 pagi sehingga 9.48 pagi semalam.

Fenomena ini sebenarnya jarang berlaku dengan kemungkinan hanya sekali atau dua kali dalam setahun kalendar. Kali terakhir negara mengalami gerhana matahari ialah pada 26 Januari lalu.

Dilaporkan, masyarakat Jepun bakal meraikan gerhana penuh dengan percikan bunga api, manakala di India, wanita hamil tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengelak cahaya halimunan matahari dan pelbagai tahyul berkaitan gerhana matahari.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah online menyatakan masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah SWT yang memperlihatkan matahari yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula.

Kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan itu adalah di bawah tadbir-Nya. Oleh itu sujudlah kepada Allah SWT yang mengawal selia dan menyelenggara terbit dan terbenam matahari serta bulan.

Firman-Nya yang bermaksud:

“Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.” – Surah al-Fussilat, ayat 37.

Catatan sejarah Islam memperlihatkan gerhana matahari berlaku pada 10 Rabiulawal tahun kelapan Hijrah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera Baginda SAW, iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari.

Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud:

“Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.” – HR Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari.

Sesungguhnya berlakunya gerhana matahari atau bulan memang menjadi tanda kebesaran Allah SWT dan supaya manusia bersyukur terhadap-Nya tanpa mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu pun.

Imam an-Nasaie meriwayatkan, Saidatina Aishah berkata:

“Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang."

Wallahualam..

-ibnumustafa-


Hikmah disebalik berdiam diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

http://images.jupiterimages.com/common/detail/23/31/22253123.jpg

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH BERDIAM DIRI :
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Perhiasan tanpa berhias.
  3. Kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Benteng tanpa pagar.
  5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib.
http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/2519708/2/istockphoto_2519708_be_silent.jpg


Hadith-hadith Rasullulah SAW mengenai kelebihan berdiam diri yang bermaksud:
  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" - HR Abu Naim.
  • "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" - HR Bukhari & Muslim.
  • "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" - HR At-Tarmizi.

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/2122524/2/istockphoto_2122524_fear_of_public_speaking.jpg

Madah Dari Hukama:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
http://img337.imageshack.us/img337/2452/setanqr0.jpg

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan berdiam diri. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Wallahualam..

-ibnumustafa-

Wednesday, July 22, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa Ash-Sharbini

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa Ash-Sharbini

Sedih & Pilu.. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pengkebumian the King of Pop, Michael Jackson atau lebih dikenali dengan panggilan Jacko yang begitu gegap gempita di seluruh television kita sepanjang hari. Beberapa stesyen tv menayangkan tayangan eksklusif secara langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Muzik Pop sampai ke pagi! Dan entah berapa juta mata masyarakat Malaysia yang sanggup menahan ngantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tetapi saya sedih, kerana pada saat yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang InsyaAllah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya demi agamanya.





Tanggal 1 julai 2009, dunia dikejutkan dengan kejadian tragis pembunuhan kejam terhadap Dr.Marwa Ash-Sharbini kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Ash-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang cukup anti-Islam dan anti-Muslim. Tetapi berita ini, sama sekali tidak kelihatan mahupun terpampang di kaca-kaca tv kita, negara yang majaroti penduduknya Muslim malah digelar sebagai Negara Islam al-Hadhari, bahkan mungkin, tidak ramai dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Ash-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Ash-Sharbini ke tempat persemadiannya yang terakhir, memang mungkin lebih ramai yang menangisi kepemergian Raja Pop Michael Jackson. Marwa Ash-Sharbini hanyalah seorang ibu dan bukanlah orang ternama mahupun superstar seperti MJ. Tetapi kepemergian Marwa Ash-Sharbini adalah lambang jihad paling agung seorang muslim di abad ini. Marwa Ash-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia sanggup menggadaikan nyawanya.

Marwa Ash-Sharbini ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian ini rentetan dari sebutan kes dimana seorang pemuda jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai 'teroris' hanya kerana ia memakai tudung 'jilbab'. Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas tudung 'jilbab' Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana ia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman. Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang kini dalam keadaan cedera parah di hospital Dresden.Peristiwa ini diam begitu sahaja dari laporan-laporan media massa Jerman mahupun dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah seorang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Sudah tentu beritanya agak lebih meluas dan gempar ke seluruh dunia.
 
Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson yang mengharubirukan dunia itu. Tidak ada langsung berita berkenaan pengkebumian Syahidah Marwa Ash-Sharbini yang mendapat jolokan Pahlawan Jilbab. Malah tidak ada langsung protes dari dunia Islam, khususnya negara asalnya Mesir atas kematiannya, dimanakah OIC pada ketika itu?. Tidak ada langsung tangisan kaum muslimin seluruh dunia untuknya. Tetapi tidak mengapa Marwa Ash-Sharbini, kerana engkau telah dijanjikan suatu tempat yang paling mulia dan istimewa di sisiNya ALLAH SWT.

Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, Serikandi Islam, Pahlawan jilbab, maafkan kami di atas ketidak pedulian ini..
Al-Fatihah~

 -ibnumustafa-

Tuesday, July 21, 2009

Israk & Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanjikan Allah SWT

"Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya..." - Surah Al-Israk, ayat 1.

Masjid Kubah Batu (Pelancaran Israk Mikraj) atau “Dome of the Rock” di tengah-tengah dataran luas Masjid Al-Aqsa, Jerusalem, Palestin.

Bulan Rejab kian berlalu. Ia bulan Israk & Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah SWT sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah SAW ke langit pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim AS, Nabi Ishak AS, Nabi Yaakub AS, Nabi Yusof AS, Masjid Al-Aqsa secara menyeluruh adalah disempadani tembok besar. Arah Kiblat atau tempat imam adalah di kubah berwarna hitam (kiri). Rasulullah SAW dimikraj(naik)kan ke langit dari tapak batu di bawah kubah emas (di dalam Masjid Kubah Batu atau “Dome of the Rock”).

Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Syuaib AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS dan Nabi Isa AS. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka. Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam Kurun 11 & 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka datang semula bila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan & Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat dan detik ini. Atas nama persidangan PBB, Negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan menang majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Parti FATAH) di sisi Presiden Bush. Bermacam-macam pelan dan arahan Amerika dan Israel telah FATAH laksanakan untuk melemah dan menghapuskan HAMAS. Namun hingga ke hari ini, kesemua kepatuhan itu belum pernah memuaskan kehendak Kumpulan Quardret (4 negara – Amerika, Perancis, Inggeris dan Rusia).

Demi untuk menjamin keselamatan Israel dan mengukuhkan cengkaman ke atas Negara-negara Arab, Amerika membelanjakan berbillion dollar dalam kempen menjajah Iraq. Penguasaan lobi AIPAC (Badan Lobi Israel di Amerika) oleh anggota-anggotanya yang berpengaruh mencengkam Amerika dalam ekonomi, media dan kempen politik, teknologi maklumat, ketenteraan dan sebagainya sudah cukup kuat memaksa sesiapa sahaja calon presiden Amerika untuk menyatakan walak (kesetiaan) kepada Israel, jika calon tersebut bercita-cita untuk menang dan merasa tinggal di Rumah Putih, kediaman Presiden. Calon Republikan, Mc Cain berkempen dan berkata Amerika bersedia untuk terus menjajah Iraq 100 tahun lagi. Calon Demokrat, Barrack Obama sebaik sahaja mengalahkan Hillary Clinton untuk menjadi Calon Demokrat menentang Mc Cain, ketika dijemput berucap dalam sidang AIPAC berkata, “Jerusalem yang bersatu, akan terus menjadi ibu negara Israel”. Ketika ini bandar Jerusalem terbahagi dua, Jerusalem Barat milik Yahudi dan Jerusalem Timur majoritinya Islam tetapi kini dalam proses pengyahudian dengan pemusnahan banyak kampung Islam dan pembinaan taman perumahan Yahudi.

“The Photo of the Year” mendapat undi terbanyak dalam internet. Seorang jurufoto Perancis sempat merakam video di atas dan menyiarkan kekejaman Yahudi Israel ini di dalam internet. Mohd Durrah bersama ayahnya sedang berjalan. Tiba-tiba askar Yahudi menembak membabi buta. Si ayah menarik anak ke belakang tong untuk berlindung, melambai-lambai tangan, sambil berteriak, “Jangan tembak”. Si anak sangat ketakutan. Tiba-tiba muntahan peluru menembusi tubuh Mohd Durrah lalu dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ayahnya. Si ayah tidak tahan menerima kenyataan kematian anaknya lalu pengsan dalam keadaan duduk meribai mayat anak kesayangannya.

"Mereka merancang. Allah (juga) merancang. Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang." - Surah Al-Anfaal.

Lama sebelum British dan Yahudi menjajah Palestin, Allah SWT mengIsrak(gerak)kan hambaNya pada malam 27 Rejab 620M, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah SAW mengimami rasul-rasul dalam solat di Masjidil Aqsa, kemudian diMikrajkan ke langit. Nabi SAW menolak arak dan memilih susu. Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang termasuk musuh-musuh Allah SWT dan umat Islam bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad SAW, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman nanti biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar seangkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.

Pernah di University of Melbourne ketika seorang ustaz sedang menghadiri satu ceramah seorang ahli sains Islam dari Mesir yang banyak berceramah di serata dunia, namanya Professor Zaghlul Najjar. Beliau telah mengislamkan ramai ahli saintis Barat dan Rusia melalui ceramah Sains Islam yang disampaikannya. Beliau bercerita setelah selesai menyampaikan satu ceramah, seorang angkasawan bertemu beliau dan menceritakan pengalamannya apabila sedang dia naik dan menembusi lapisan udarakasa dunia untuk masuk ke langit beliau terasa pandangannya seperti orang mabuk dan tubuh badannya berasa ganjil seperti terkena sihir. Kata Prof Zaghlul Najjar, “Subhanallah! Kata-katamu sama seperti ayat Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15 bermaksud, ‘Jika Kami bukakan bagi mereka pintu-pintu dari langit, lalu mereka terus mikraj(naik) di langit tersebut, nescaya mereka akan berkata, ‘Pandangan-pandangan kami telah dimabukkan, bahkan sesungguhnya kami kaum yang terkena sihir’“.

Sabda Rasulullah SAW, “Tidak tiba Hari Kiamat sehinggalah orang Islam memerangi Yahudi dan orang Yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu. Lalu berkatalah pokok dan batu, ‘Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, sesungguhnya di belakangku ini ada orang Yahudi (bersembunyi). Marilah sini dan bunuhlah dia. (Semua jenis pokok dan batu berkata demikian) melainkan Al-Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” - Hadith Sohih.

Sabda Rasulullah saw, “Akan terus menerus satu golongan dari umatku terang-terangan di atas kebenaran. Orang-orang yang jahat tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang ketentuan dari Allah, sedang mereka masih dalam prestasi sedemikian. Para Sahabat RA bertanya, ‘Dimanakah mereka ya Rasulullah ?’. Rasulullah SAW menjawab, ‘Di Jerusalem dan di sekitar Jerusalem’ - Hadith Sohih.

Kemenangan umat Islam di bumi Israk & Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanji Allah SWT dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf hamba Allah SWT seperti dalam hadith di atas “..Wahai orang Islam, wahai hamba Allah…” yang diiktiraf bukan sahaja manusia yang lain tetapi diiktiraf pokok dan batu. Sebaliknya jika ramai umat hari ini dan kerajaan di negara mereka belum mencapai taraf “hamba Allah SWT”, hanya sekadar “hamba nafsu”, “hamba kerusi”, “hamba duit dan harta”, “hamba iblis LA dan godaannya” dan apa sahaja hamba kepada selain Allah SWT, maka tiada gunanya slogan dan persidangan isu Palestin di hotel dan dewan yang mewah, oleh mereka yang memiliki pangkat dan gelaran yang kosong, kertas dan ucapan yang tidak membawa kepada amal yang serius. Jika sikap dan keadaan ini berterusan, Allah SWT akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain yang tidak seperti mereka. “Sekiranya kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Kemudian mereka tidak seperti (perangai dan prestasi) kamu”. - Surah Muhammad, ayat 38.

-ibnumustafa-