PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, November 29, 2008

Asal-usul dosa, kenapa manusia jadi derhaka?

Abdullah Ahmad Badawi minta semua pihak faham intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuatkan rakyat terkeliru.

"Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah disyirikkan," kenyataannya di Bernama dipetik.

Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan.

Dalam khutbah Hujjatul Wida' ada disebutkan Rasulullah SAW bahawa iblis dan syaitan telah pun berputus-asa dalam memperdayakan kita dalam hal-hal besar seperti syirik dan kita diminta berawas dalam hal-hal yang kecil sahaja.

Mungkin, yang dimaksudkan oleh Baginda SAW itu menyangkut persoalan menyembah berhala secara terang-terangan. Pemujaan kubur untuk meminta nombor ekor misalnya dilakukan secara senyap-senyap, bukan lagi secara terang-terangan. Ini mungkin contohnya.

Tapi ternyata amalan syirik tetap juga berleluasa dalam masyarakat kita hari ini walaupun Abdullah berkata umat Islam tak mudah disyirikkan. Mungkin beliau merujuk hal itu ke atas amalan yoga sahaja.

Abdullah sepatutnya melihat amalan syirik ini dengan lebih meluas lagi. Misalnya, masih ada ramai orang-orang Melayu yang memuja kubur, memasang colok lilin, memuja-muja nama wali itu dan ini lalu mendewa-dewakan mereka untuk menurun nombor ekor.

Bukankah amalan ini syirik juga dan amalan syirik ini bermula dengan sikap orang-orang kita yang gemar menikam nombor ekor? Lalu terbatallah ungkapan Abdullah di atas iaitu umat Islam di negara ini tidak mudah disyirikkan.

Beza YOGA dan JUDI

Antara yoga dan judi nombor ekor memang ada persamaan dan perbezaan. Amalan yoga dihukum syirik jika setiap langkahnya diiringi mantera. Sikap menurun nombor ekor juga diiringi ucapan mantera, seruan nama-nama 'wali'. Maka, di situlah persamaannya.

Bezanya.. yoga diamalkan atas tujuan meningkatkan kesihatan tubuh badan, melancarkan aliran darah. Sedangkan amalan menurun nombor ekor itu terbangun menerusi keinginan mahu jadi kaya. Yoga untuk kesihatan, menikam ekor untuk kekayaan. Itu bezanya.

Menurut sesetengah orang, amalan yoga melahirkan ketenangan. Maka manusia Barat itu pula belajar ilmu yoga dengan tujuan meditasi, guna meraih ketenangan hati dan tenteram di jiwa. Kata orang juga, dengan kekayaan itu hati boleh tenteram. Benarkah begitu?

Sebenarnya, menyalahgunakan kekayaan atau mencari kekayaan melalui jalan yang salah itulah punca kenapa jiwa menjadi makin tak tenteram. Merompak, merasuah, membunuh wanita Mongolia cuma kerana mahu melarikan wang komisyen dan lain-lain adalah punca kepada terbentuknya jiwa yang semakin tidak tenteram.

Jiwa tidak tenteram, lahir gejala maksiat?

Apabila jiwa mulai dibuai gelisah dan tidak tenteram seperti bisikan tidak mahu miskin, seseorang itu akan merompak, merasuah sebagai pelaburan untuk dapatkan projek lebih besar dan menerima rasuah sebagai cara menambahkan lebih banyak harta kekayaan.

Seorang gadis yang tidak menutup aurat agar dirinya kelihatan cantik berasa tidak tenteram pula ketika dirinya kerap digoda lelaki. Mulanya wanita itu menjatuhkan rambutnya yang di'rebonding'kan dengan rawatan minyak panas guna mencairkan hati lelaki agar dijadikan pasangan kekasih.

Dia tak menutup aurat dengan tujuan mahu mengajaknya berzina. Lama-kelamaan, barah ini membudaya lalu merebak kepada amalan bersekedudukan. Barah amalan berpeleseran ini akhirnya bertukar menjadi 'trend' seks bebas, saling bertukar-tukar pasangan.

Maka generasi muda berikutnya akan melihat semua ini sebagai suatu budaya yang boleh diterima. Tetapi ada kalangan mereka yang akhirnya diperkosa lalu mereka jadi serik lagi untuk berlagak sebagai wanita yang cantik berdandan dan berhias-hias.

Asal-usul pengkid

Akhirnya, wanita yang telah diperkosa ini mengubah wataknya sebagai lelaki dengan niat dan tujuan menyelamatkan dirinya daripada terus-menerus menjadi korban mangsa nafsu liar lelaki. Dengan ini, wujud gejala baru lain pula; bersenggama sesama wanita

Gadis-gadis muda lebih selesa bersenggama dengan pengkid atas alasan mereka tak akan mengandung kerana tindakan itu dilakukan bersama-sama wanita saja. Ini alasan mereka. Maka niat melampiaskan nafsu syahwat itu tetap ada. Hanya, ia dibancuh dengan warna perlakuan gelap yang sedikit berbeza.

Kita mungkin boleh mengeluarkan fatwa, menjatuhkan hukum tetapi seperti yang disebut oleh pimpinan Ikhwan Muslimin, 'kita adalah pendakwah dan bukan penghukum'. Semua ini bukan merawat gejala rohani secara keseluruhan. Di sini kita perlu lebih ramai ilmuan sufi yang menyampaikan bimbingan daripada ilmuan fiqh yang melontarkan hukum.

Hendaklah kita ingat, bahawa semua ini adalah warisan penyakit yang timbul kesan dari gejala rohani yang tidak seimbang.

Penyakit-penyakit rohani perlu dirawat lewat nasihat dan sesi kaunseling yang berterusan dan kita mungkin ketandusan doktor dan pakar terapi rohani, sebaliknya lebih ramai yang suka menjadi hakim. Tiada masalahnya dengan fatwa dan hukum, tapi semolek-moleknya kita menyediakan juga ruang dan peluang untuk membimbing pesakit rohani dengan sesi kaunseling. Sedangkan kaum wanita itu lebih mudah diasuh berbanding kaum lelaki.

Namun, kaum lelaki pula, kalau sudah terasuh nanti, dia pula akan lahir sebagai pembela agama. Sejarah membuktikan hal itu. Umar yang bengis pada zaman Jahiliahnya bertukar watak sebagai pembela Islam dan menurunkan zuriat yang baik seperti Umar Abdul Aziz. Ini semua tidak mustahil terjadi kembali kerana sirah sifatnya berulang mengikut putaran masa dan kitaran waktu yang saling bersilang.

-am-

Perwakilan dan pemerhati Kongres KeADILan ditontonkan tayangan 'tribute Permatang Pauh'

Perwakilan dan pemerhati dalam Perasmian Kongres Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam hari ini kini sedang dipertontonkan dengan tayangan khas 'Tribute Permatang Pauh'.

Tayangan khas ini antara lain memaparkan rakaman kejadian penahanan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang menjadikan kegemparan kepada seluruh negara.

Penonton juga ditayangkan kisah perjuangan Anwar dan Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengharungi kisah sedih 1998-1999.

Beberapa siri ucapan dan kata-kata keramat yang pernah dilaungkan Anwar dan Wan Azizah ditayangkan semula terutamanya ketika era reformasi.

Sebaik sahaja tamat tayangan, pemerhati dan penonton kini sedang mengikuti ucapan dasar Presiden KeADILan.

Dalam ucapan permulaannya, Dr Wan Azizah menyatakan rasa kesyukurannya kepada Allah SWT atas kesempatan berkongres kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.

-am-

Menanti keazaman politik Anwar di Melawati

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sedang menganjurkan kongres tahunannya, (28-30 Nov), di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Ia dilihat perhimpunan terbesar dan paling meriah selepas parti yang diterajui Anwar Ibrahim itu mencapai kejayaan gemilang dalam pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.

Kegagalan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September tentunya tidak menghalang kongres berkenaan mendapat perhatian istimewa pemerhati politik, tempatan dan antarabangsa, sebaliknya mengundang rasa ingin tahu yang mendalam untuk mendekati sosok tubuh parti penuh potensi ini. Bagaimanapun Anwar diharap menghuraikan punca Pakatan gagal mengambil alih kuasa, terutama mengapa tarikh 16 September itu dipilih sebagai target.

Walaupun Pakatan Rakyat belum dapat dibentuk secara formal dan ikatan tiga parti komponennya agak longgar, namun pengaruh KeADILan - terutama dengan kehadiran nyata Anwar - dalam memperkukuhkan kewibawaan saingan terdekat BN itu, sekali gus menyemai pembentukan sistem dua parti, dilihat cukup besar sekali. Majoriti rakyat pula jelas menggantung harapan besar agar perubahan menyeluruh dapat dilakukan apabila Pakatan berkuasa di peringkat persekutuan nanti.

Amaran keras Mahathir

Sebarang masalah yang mengganggu keupayaan KeADILan untuk berkembang akan membantutkan pertumbuhan Pakatan Rakyat. Manakala kelancarannya menghadapi pelbagai mehnah boleh mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa yang sebenarnya, dalam pilihan raya ke-13 nanti, seperti selalu diperingatkan Dr Mahathir Mohamad kepada pemimpin Umno. Terbaru, 25 November lalu, bekas Perdana Menteri itu sering memberi amaran keras: "Hari ini bukan Presiden Umno sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan Umno tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan (rasuah). Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah? Ramalan saya ialah Umno akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum."

Sebagai parti muda dan masih "mentah usianya", dimulai dengan penubuhan Parti Keadilan Nasional, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya 1999, yang berazam membudayakan "politik baru", merentasi batas kaum dan agama, KeADILan boleh dianggap telah mencapai satu tahap pencapaian yang agak luar biasa. Bukan mudah untuk sebuah parti baru, yang didorong penubuhannya oleh satu peristiwa di luar jangka pemecatan Anwar pada September 1998 (kerap dihujahkan bahawa parti berasaskan "kepentingan" tokoh tertentu tidak bertahan lama), bukan sekadar berjaya melepasi ujian tiga kali pilihan raya umum, malah ketuanya dianggap lebih berkelayakan menerajui kerajaan berbanding perdana menteri sedia ada.

Limpahan sokongan tidak terduga terhadapnya, sehingga meningkat 30 kali ganda pada 2008 berbanding penguasaan hanya satu kerusi Parlimen pada 2004, ekoran kegagalan Abdullah Ahmad Badawi menunaikan janji manis beliau, wajar dimanfaatkan sebaiknya agar KeADILan kelihatan lebih dekat, jujur dan mesra dengan rakyat, tanpa melupakan kewajipan untuk memperkasakan organisasi parti. Lebih manis apabila Anwar sendiri menang besar dalam pilihan raya kecil 26 Ogos 2008, dengan majoriti 15,672 undi berbanding majoriti yang diperolehi sebelumnnya oleh Dr Wan Azizah wan Ismail, 13,388. Anwar kemudiannya dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ramai mengharapkan persidangan tahunan ini, di sebuah negeri terkaya di Malaysia, yang kini diterajui KeADILan bersama PAS dan DAP, mampu merangsang semangat dan komitmen ahli serta kepimpinannya bagi meletakkan parti berkenaan pada landasan yang kukuh, menuju tepat sasaran yang digariskan, dalam tempoh munasabah. Sebagai parti yang menampung begitu banyak kepelbagaian, KeADILan terpaksa mengharungi cabaran besar, antaranya, menipiskan sentimen perkauman yang rupanya tidak pernah reda walaupun selepas lebih 50 tahun negara merdeka.

Selangor perlu menunjuk jalan

Pengalaman lapan bulan mentadbir Selangor sudah cukup untuk melakukan bedah-siasat awal bagi merongkai kekusutan jika ada, apatah lagi pelbagai "aksi dan reaksi menarik" ditonjolkan di negeri itu, seperti digembar-gemburkan media. Selangor sebenarnya mampu menjadi negara contoh kepada negeri-negeri lain dan bukti keupayaan Pakatan merealisasikan segala janji dalam manfestonya, terutama dalam aspek negara berkebajikan.

Retreat Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang, yang diadakan sebanyak dua kali, pada 19 dan 25 November lalu, adalah inisiatif yang perlu dilanjutkan, khususnya bagi melakukan usaha penambahbaikan terhadap pemerintahan lima negeri dan keberkesanan pembangkang di Parlimen, selain mengeratkan kerjasama dan persefahaman ketiga-tiga parti pada setiap tahap kepimpinan. Sebarang konflik berbangkit wajar diatasi segera. Media di bawah kawalan Umno-BN sememangnya diketahui berperanan sebagai tukang adu-domba dan berusaha mengelirukan penyokong ketiga-tiga parti jika timbul isu-isu dalaman yang sensasi. Jangan perkecilkan keupayaan media berkenaan walaupun mereka gagal berperanan dalam kempen pilihan raya lalu.

Sejak awal penubuhannya, KeADILan dari satu sudut, dianggap parti yang kurang mendapat dokongan akar umbi, tidak sepertimana PAS dan Umno, yang terzahir melalui gerak kerja massa di peringkat bahagian dan cawangan. Ya, ia memang popular, namun bagai disokong dari jauh tetapi kekurangan penggeraknya. Malah, ada pihak mendakwa, walaupun selepas menang besar Mac lalu, proses perkaderan parti itu, bermula di peringkat bawahan, masih belum dapat diaktifkan dengan baik. Kepada pengkritik, ideologinya mungkin masih samar dan belum berakar, manakala disiplin sebahagian ahlinya boleh dipersoalkan.

Mungkin tanggapan seperti itu tidak benar, namun keraguan berkenaan perlu diperjelaskan, termasuk tuduhan bahawa KeADILan terlalu bergantung dengan ketokohan Anwar, sehingga sukar dibayangkan masa depannya tanpa bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam tradisi politik Malaysia, parti perlu kuat dan berpengaruh, antaranya ditandai dengan rangkaian cawangan yang mantap dan sikap proaktif aktivis di setiap pelosok negara, di samping ketokohan pemimpin utama yang menyerlah, dan kesediaan untuk membumikan agenda reformasi.

Medan paling sesuai berdebat

Kongres hujung minggu ini adalah gelanggang paling sesuai untuk perwakilan berbahas dan berdebat, termasuk menimbulkan hal-hal agak sensitif (yang selama ini mungkin disapu ke bawah karpet) tetapi mendesak untuk diselesaikan, asalkan ia boleh memperkukuhkan parti menjalin kerjasama lebih erat sesama Pakatan.

Seorang profesor sains politik menekankan agar Anwar memperincikan perkara-perkara berkaitan konsep multi-racial yang ingin diketengahkan Pakatan Rakyat: "Ia termasuklah bagaimana KeADILan merangka hala tuju bagi membina Malaysia baru serta menguatkan hubungan sesama rakan dalam Pakatan. Bahkan mereka perlu turut berperanan bagi membangunkan kebajikan ahli KeADILan serta sumbangan yang telah diberikan khususnya terhadap negeri yang diterajui parti itu."

Walau apapun, apa yang penting ujar profesor berkenaan, KeADILan perlu fokus untuk mengurus selia tugas dan tanggungjawab yang diberikan buat masa ini agar ia tidak menjadi sia-sia. "Fokus pada tanggungjawab mentadbir Selangor sebagai negeri yang kaya dengan sumber pendapatan kerana kita bimbang mereka akan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," katanya. KeADILan, tambahnya, perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan yang baik selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.

KeADILan lahir dalam realiti berbeza, seiring kelantangan tuntutan reformasi yang belum tertunai, tegak dengan citra sebagai parti inklusif. Justeru, elemen "politik baru" seperti keterbukaan dan ketelusan harus dibiarkan membiak subur, apatah lagi generasi muda amat mengharapkan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam parti terlebih dahulu.

Rumusan dua pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhammad Nadzri Mohamed Noor dan Ghazali Mayudin, dalam kertas kerja mereka, Pilihan Raya Umum ke-12: Gelombang Politik Baru Kedua, Pendemokrasian dan Perubahan Fundamental? wajar diberi perhatian oleh semua aktivis Pakatan:

"Dengan menguasai lima negeri, Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan untuk membuktikan parti pelbagai ideologi dan pemimpin berbilang etnik boleh bekerjasama untuk menjalankan pemerintahan dengan baik. Kejayaan atau kegagalan itu boleh menjadi faktor yang penting sama ada "gelombang politik baru kedua" ini berhenti buat sementara waktu untuk menantikan "gelombang parti baru ketiga" pada masa depan atau gelombang ini akan terus melanda seluruh negara sehingga menenggelamkan "politik lama" yang berasaskan sentimen etnik dan agama."

* sumber dari www.harakahdaily.net

Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan kali ke-5

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sedang menganjurkan Kongres Tahunan pertama selepas kemenangan terbesar kuasa rakyat pada 8 Mac lepas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman blognya Kongres yang sedang berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.

"Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati sedang menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam." katanya.

Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.

Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.

Seiring dengan itu akan diadakan satu Karnival Rakyat. Selain dari gerai jualan dan pameran, Karnival Rakyat yang diadakan di luar stadium sepanjang kongres berlansung turut menampilkan persembahan kebudayaan perbagai etnik dalam negara ini.

-am-

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan.

Dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter.

Tindakan ini melahirkan rasa kecewa rakyat terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah.

-am-

Friday, November 28, 2008

Senaman - antara yang haram dan 'yang diharamkan'

Sekali lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) menarik minat umat Islam untuk diperbincangkan. Kali ini berkenaan dengan pengharaman senaman yoga, selepas sebelum itu isu fatwa pengharaman pengkid telah dikeluarkan oleh pihak yang sama. Pelbagai pandangan telah diberikan oleh umat Islam berkenaan isu pengharaman senaman yoga ini, sebagaimana juga dengan isu pengharaman pengkid. Bukan sekadar pandangan atau kritik, malah kekeliruan juga banyak muncul hasil dari keputusan majlis fatwa ini.

Beberapa hari lepas, pengerusi MFK, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.


Walaupun terdapat pihak yang mengkritik, namun di sini kita melihat satu usaha yang baik telah dilakukan oleh pihak Majlis dalam usaha mereka untuk menjaga aqidah umat Islam itu sendiri. Tetapi apa yang lebih penting yang perlu kita sedar adalah bahawa fatwa ini tidak akan dapat memberikan kesan apa-apa kepada masyarakat jika sekiranya ianya tidak di dokong oleh penerapan undang-undang oleh negara. Hukum haramnya pengkid mahupun senaman yoga ataupun apa sahaja yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu hanya akan menjadi sekadar penyedap hati yang dapat memuaskan segelintir umat Islam. Tetapi hakikatnya adalah, fatwa yang dikeluarkan itu tidak akan dapat dilaksanakan di tengah-tengah kehidupan umat. Dengan kata lain, umat Islam di Malaysia boleh ‘percaya’ bahawa yoga itu haram, namun jika ada di kalangan umat Islam yang masih melakukan yoga, maka siapakah yang akan mengenakan hukuman terhadap perbuatan tersebut?

Wahai umat Islam! Wahai penguasa umat Islam! Wahai para ulama kaum Muslimin! Sedarlah bahawa Islam itu bukan hanya sekadar fikrah yang hanya tertulis sebagai suatu maklumat semata-mata, tetapi ianya adalah sesuatu yang wajib dan perlu diterjemahkan sebagai suatu thariqah pelengkap kepada keyakinan kita bahawa Islam itu adalah merupakan suatu cara hidup yang sempurna. Dalam erti kata yang mudahnya hukum-hakam Islam itu wajib diterapkan di dalam kehidupan umat Islam itu secara nyata. Sebagai contoh, fikrah Islam mengajar bahawa zina itu haram dan sesiapa melakukan zina, maka dia wajib dihukum 100 kali rotan. Thariqah Islam di dalam kes ini menyatakan bahawa wajiblah ada satu institusi yakni Mahkamah Khusumat yang wajib menjatuhkan hukum ke atas pelaku zina dan merotan mereka dengan 100 kali rotan. Penggabungan di antara fikrah dan thariqah inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang sempurna.

Tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun tidak ada hukuman ke atas pelaku zina, sebagaimana di dalam kes tidak ada hukuman ke atas pelaku yoga ini. Juga, tidak ada guna jika zina difatwakan haram, namun pelakunya hanya dihukum 6 kali sebatan. Islam bukanlah satu agama yang mengandungi hukum-hakam yang hanya perlu ‘difatwakan’, namun tidak ada ‘akibat’ (hukuman) dari pelanggaran keharaman tersebut. Dalam erti kata yang mudahnya Islam itu bukan hanya sekadar untuk ‘difatwakan’ semata-mata bahawa itu haram dan itu halal, tetapi ianya adalah suatu bentuk fikrah dan thariqah yang wajib diterapkan oleh individu, masyarakat dan juga negara.

Dalam pada seluruh Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia kecoh kerana pengharaman senaman Hindu ini, umat Islam hendaklah sedar bahawa banyak lagi senaman lain yang mengandungi unsur haram di dalamnya. Boleh dikatakan semua senaman yang lain yang dilakukan oleh umat Islam, khususnya yang selalu dianjurkan dan banyak juga yang muncul di kaca TV adalah juga haram hukumnya. Apa tidaknya, semua senaman yang muncul di kaca TV memaparkan perempuan yang tidak menutup aurat dan kalau menutup aurat sekalipun, di dalam keadaan yang cukup tidak sempurna seperti berbaju T dan berseluar track. Walhal pakaian bagi wanita Muslimah yang diwajibkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah berjilbab dan bertudung labuh. Perbuatan perempuan yang tidak bertudung atau bertudung pendek, terkinja-kinja melompat ke sana-sini, berbaring, berlakunya ikhtilath (percampuran) di antara kaum lelaki dan banyak lagi perbuatan lainnya, semuanya adalah haram!

Justeru, semua bentuk senaman ini juga mesti difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwanya terhadap senaman-senaman lain yang jelas-jelas haram di sisi Islam, walaupun tidak terdapat unsur pemujaan sekalipun. Janganlah hendaknya MFK memilih-milih untuk berhukum dengan hukum Allah ini kerana jelas bahawa membeza-bezakan hukum Allah ini adalah suatu perkara yang pastinya mengundang murka dan azab dari Allah swt. FirmanNya:

“...Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan kufur (mengingkari) akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan dimasukkan mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu kerjakan. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan” [TMQ al-Baqarah (2):85-86].

* sumber dari www.mykhilafah.com

Manfaatkan sambutan Hari Kanak-Kanak

HARI kanak-kanak sedunia telah disambut sejak 14 Disember 1954, namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Unesco menetapkan tarikh 20 November setiap tahun sebagai 'Hari Kanak-kanak Sedunia'.

Tujuannya bagi memuliakan kanak-kanak yang dianggap aset penting, bukan sahaja terhadap kedua-dua ibu bapa mereka, malah yang lebih penting ialah aset kepada negara dan masyarakat amnya.

Mungkin pengisytiharan oleh PBB itu ada kebenarannya, dan ia juga dilihat sebagai pengiktirafan kepada kanak-kanak bahawa mereka adalah sebahagian daripada komponen masyarakat yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa di semua negara dunia.

Ketempangan dalam memerhatikan secara serius keperluan yang mesti diutamakan kepada mereka seperti persoalan pendidikan, pembelaan dianggap telah mendera fizikal, moral dan dalaman hati mereka yang mengundang pelbagai masalah yang tidak terduga oleh akal fikiran manusia yang serba kekurangan itu.

Justeru, Islam sebagai agama yang amat menitik-beratkan persoalan pendidikan terhadap kanak-kanak, telah menggariskan beberapa panduan bagi memastikan agar kanak-kanak berada pada tahap pendidikan maksimum.

Antara lain Islam menitik-berat dalam memilih pasangan suami isteri, Allah SWT telah menetapkan kaedah berkenaan menerusi firman-Nya dalam ayat 26 surah an-Nur yang bermaksud :

"(lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."

Kenapa ketetapan Allah SWT begitu? Ini kerana Allah SWT mahu melihat kelahiran hamba-hamba-Nya yang berkualiti dari sudut kefahaman, pegangan, penghayatan dengan Islam menjadi agenda utama dalam kehidupan makhluk-Nya bernama manusia, apatah lagi yang beragama Islam.

Tidak cukup dengan kaedah memilih pasangan yang baik-baik, malah disusuli pula dengan pembaca al-Quran terhadap golongan isteri yang sedang mengandung dengan pemilihan surah-surah tertentu seperti surah Muhammad, Yusuf, Ibrahim, Hud, Yunus, Nuh, al-Anbiya', Maryam dan surah an-Nisaa' yang mempersoalkan isu-isu wanita.

Bagi meneruskan kesinambungan amalan baik terhadap anak yang baru lahir pula, Islam datang dengan mengemukakan pendidikan menerusi seruan azan dan iqamah selepas anak dilahirkan.

Mereka diberi nama yang baik-baik, dibelah mulutnya (tahnik), serta dibuatkan akikah, kesemua amalan dan tindakan itu adalah untuk memastikan si anak itu benar-benar menjadi aset berguna pada masa akan datang untuk agama, masyarakat dan negaranya.

Para ibu bapa adalah bertanggungjawab terhadap kanak-kanak dalam memelihara perkara-perkara yang telah disebutkan di atas. Justeru mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan anak-anak mereka dengan acuan agama Islam yang jelas, sempurna seperti yang diajarkan baginda Rasulullah kepada mereka.

Sehubungan itu, apabila mereka salah memberi pendekatan agama terhadap anak-anak dengan yang lain daripada apa yang ditunjukkan Islam, maka mereka dianggap telah melakukan jenayah yang sepatutnya berhak menerima hukuman setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan, tetapi apakah para ibu bapa menyedari hakikat tersebut?

Anak-anak yang baru dilahirkan menurut keterangan Baginda Rasulullah SAW bagaikan kain putih yang suci lagi bersih. Jika para ibu bapa salah mencorakkannya, maka rosak binasalah dia, jika ibu bapa mencorakkan anak-anak mereka dengan kebendaan, anak-anak akan membesar menjadi golongan yang mementingkan kebendaan.

Hari kanak-kanak dicemari maksiat

Sambutan Hari Kanak-Kanak adalah baik, tetapi guru dan ibu bapa usah mencemarinya dengan majlis yang ada acara berunsur maksiat.

Sebagai contoh terdapat beberapa sekolah rendah di Rawang khususnya, seperti yang dilaporkan oleh ibu bapa yang prihatin dan peka terhadap anak-anak mereka, telah mengadakan sambutan 'Hari kanak-kanak Sedunia' yang sepatutnya berlangsung pada 20 November, tetapi ia dianjal ke depan pada Jumaat 31 Oktober kerana tarikh 20 November jatuh pada cuti umum persekolahan dan tidak mungkin ia disambut.

Maka bagi menyatakan penghormatan kepada kanak-kanak, pihak sekolah mengadakan lebih awal pada tarikh yang sepatutnya, maka apabila pihak atasan sekolah dan mungkin juga segelintir barisan guru-guru dan satu dua orang di kalangan pimpinan PIBG yang minda mereka tidak disalut dengan kefahaman Islam yang tulen, maka berlakulah pertembungan krisis budaya yang tidak Islamik.

Di mana sambutan 'Hari kanak-kanak' itu dicemari dengan tarian gelek yang menampakkan pusat di kalangan murid-murid sekolah yang kononnya masih budak-budak yang menurut tanggapan mereka masih di peringkat budak-budak kecil.

Ada di kalangan murid yang dipertanggungjawabkan untuk menyertai slot tersebut tidak berpuas hati kerana ia dilihat sebagai budaya songsang walaupun dia masih mentah, memanjangkan berita itu kepada ayahnya yang begitu sensitif dan mengambil langkah untuk memontengkan anaknya pada hari sambutan tersebut dengan membawanya ke Zoo Negara, kerana menurut ayah berkenaan, tengok beruk di zoo lebih baik daripada menonton acara maksiat yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Ia memperlihatkan ada dua tindakan berbeza yang bertembung antara tindakan ayah yang sensitif dan tindakan pihak atasan, barisan guru dan PIBG yang bercanggah antara satu sama lain.

Kalau dilihat secara rasional bahawa tindakan si ayah tadi adalah lebih baik mungkin dia kesuntukan masa untuk melakukan perubahan, tindakannya membawa anak dan beberapa kawannya yang lain boleh dianggap untuk menyelamatkan keadaan apabila melihat pihak sekolah begitu rapuh dan cair dengan acara yang akan menyumbang ke arah keruntuhan moral anak-anak.

Apabila dirujuk kepada aspek agama yang disentuh di awal tadi, sesungguhnya proses pentarbiyahan terhadap kanak-kanak tidak boleh dianggap mudah oleh semua pihak, termasuk ibu bapa, pengetua, guru besar, barisan guru-guru, AJK PIBG.

Ini kerana Baginda Nabi Muhammad SAW yang merupakan manusia sempurna telah menyediakan kaedah, acuan, pendekatan yang sehabis baik bagi menjamin manusia meraih rahmat Allah SWT.

-am-

Rahsia Kebaikkan Mandi Songsang

 Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
2. Mengembangkan salur darah otak - menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3.Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala.
9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gusi dan gigi.

Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. Selamat mencuba!

-am-

Tuesday, November 25, 2008

EPF 8% Means Paying More Income Tax ( For High Income Group)

Assume monthly basic salary is RM4000.

- If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77.

- If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109.

Conclusion : If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer. Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay. Obviously this measure does not help the market at all. Do we still want this kind of government that doesn't have the best interest of the people in mind?

-am-

The Boss.. haha!!

Boss: At the beginning, Be good, you will be fine..


After one week,
Boss: Need to work harder!!



After one month,
Boss: Need to work harder for the company!



After one quater,
Boss: I've told u to work harder...u heard me!!!??

Hahahahaha.....

-am-

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah SWT melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah SWT

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik
adalah orang tua yang jujur kepada anak....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak
yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

-am-

Hati-hati.. Barack Obama boneka Israel !!!



Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?


Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch" sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).


Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Obama sedang melakukan ritual Yahudi.

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Klik sini

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...

* sumber dari AZRINIZAM IBRAHIM, Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing..

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena ja?

ANJING: Aku tengah tension nih.. Mau ja aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh! kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah.. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ka dia nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu.. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang hg anjing, malah tak boleh disucikan sekalipun di samak.

ANJING: Wah!.. ayat hg memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU.. hehe"

Penjelasan:

Daripada satu hadith yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadith yang lain yang maksudnya,
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

-am-

Habiburrahman El-Shirazy: AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas

"Malu sama Rasulullah SAW Baginda berdakwah ke Taif, hingga berlumuran darah dilempar batu. Saya dijemput menyampaikan dakwah. Bukannya kita cari, orang yang datang jumpa kita dan minta kita berceramah. Adakah kita patut menolak?

"Orang daripada perusahaan batu bara yang terbesar dari Kalimantan Timur itu kebetulan terbaca novel saya dan dia terus berminat mengundang saya ke sana. Saya fikir mereka mahu bicara tentang sastera, rupanya sudah pun diatur jadual saya menyampaikan kuliah ke beberapa buah masjid.

"Mereka lengkap menyediakan kereta. Apakah saya perlu berkata, oh saya cuma ingin bicara sastera Islam saja kerana itu adalah bidang saya. Ceramah agama saya tidak mahu. Tak boleh begitu. Nanti malulah sama Rasulullah SAW," kata beliau.

Bagi Habiburrahman El-Shirazy atau lebih mesra dengan panggilan Kang Abik, novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang meletup itu adalah aset utama untuknya berdakwah dengan lebih meluas.

Ucapan 'malu sama Rasulullah SAW' yang disebutkan Kang Abik petang itu kerap bergema dan berlegar-legar di dalam fikiran. Ia mengingatkan saya ke atas watak Fahri Abdullah yang sedang mempertahan seorang wartawati Amerika yang sedang memapah ibunya yang keletihan di atas LRT. Ketika warga Amerika itu diserang, Fahri dengan pantas mengucapkan sebuah sabda Rasulullah SAW.

"Kalian telah menyakiti Rasulullah SAW," demikian kata Fahri. Apakah watak Fahri adalah belahan daripada jiwa beliau sendiri? Atau, apakah watak utama itu sebahagian besarnya datang daripada kesan, cetusan ilham melalui kisah rakan-rakannya?

"Ya, termasuk juga kesan pengalaman daripada rakan-rakan saya juga," demikian ujar beliau.

"Ya, sudah tentu. Tapi berapa peratus bab daripada novel itu memaparkan kisah Kang Abik sendiri?" tanya saya. "Dan, apakah kebanyakan kisah itu juga termasuk dari belahan kisah cinta mas sendiri?"

Dia tersenyum lalu ketawa, "Ah..Saudara baca sendirilah. Nanti tahu sendiri."

Melihat perawakannya, sosok yang kental spiritual, kukuh pendirian dengan iltizam dakwah ini ternyata masih muda. Usianya sekitar 30-an.

Baginya, AAC yang terus bangkit sebagai suatu fenomena secara tiba-tiba itu telah menjadi landasannya untuk makin kukuh dan giat bekerja dalam landasan dakwah. Dan padanya, lulusan al-Azhari tidak sepatutnya berada dalam pesantren (pondok) dan berterusan menjadi santri-santri (lulusan pondok) sahaja.

Dia malah, sempat bergurau, "Kalau mas punya wang banyak, ayuh kita sama-sama bikin filem di Hollywood!"

Apa takrif Sastera Islam?

Itu merupakan salah satu kes di mana penangan AAC menyebabkan beliau mula kerap diundang menyampaikan ceramah agama. Tapi, beliau kerap merendah diri. Dia tidak banyak mendabik dada ketika membicarakan AAC itu.

"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.

"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.

Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah SWT) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Makkah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.

Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati

"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.

"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.

Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.

* sumber dari coretan Ali Bukhari Amir, Sekolah Pemikiran Kg Baru

Saturday, November 22, 2008

Menjadi Sahabat Allah SWT

Setiap orang seharusnya berusaha menjadi ‘sahabat’ (hamba yang dekat dengan-Nya) Allah SWT, kerana Tuhan tidak pernah menolak para hamba dari mendekatiNya. Alasan utama mendatangi majlis Ilmu dan Zikir, mendalami ilmu-ilmu agama adalah untuk menyiapkan diri meraih kedekatan itu.

Namun perlu diingati,tidak seorang pun dapat menjadi ‘sahabat’ Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hambaNya. Hamba-hamba-NYA yang dimaksudkan adalah para nabi dan rasul, khususnya Nabi Muhammad SAW, para sahabatnya, dan pewaris para nabi iaitu golongan ulama’. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan dengan sesama manusia. Pencapaian kedekatan dengan ‘jiwa-jiwa’ para kekasih Allah SWT adalah bukti kehambaan seseorang kepada Tuhan.

Mungkin saat ini, selama kamu berada di medan menuntut Ilmu dan majlis Zikir, mudah untuk merasakan kedekatan kamu dengan Allah SWT kerana didampingi teman sesama pencari kebenaran. Namun ketika kembali ke tempat asal akan merasa kesusahan kerana berada bersama mereka yang terkadang tidak mengerti. Maka ingatlah! Bila seseorang hamba telah menjadi 'sahabat' Tuhan, semua orang akan menjadi sahabatnya. Berhasilnya pencapaian kedekatan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadrat Ilahi. Bukanlah dimaksudkan secara zahir menjadi menarik atau tertarik pada mereka tetapi tarikan melalui hati yang murni.

Guruku pernah bercerita padaku tentang kisah sepohon bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak terjangkau dan anehnya selalu dikelilingi oleh ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan bau wangi yang amat kuat dan siapa yang mengenakan wangian dari bunga tersebut akan dicintai oleh semua orang. Lalu aku katakan :

"Guruku, izinkanlah aku pergi mencari bunga itu".


Namun jawapan beliau :

"Wahai muridku, tak perlu engkau ke sana. Sepanjang kamu bermuraqabah (waspada) akan Tuhan-mu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar) maka Allah SWT akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarikan yang banyaknya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. Bahkan jika kamu hanya bangun di akhir-akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur, bahkan tidak melakukan solat, maka keajaiban akan muncul dan kamu akan penuh daya tarik seperti mana wangi bunga itu".


Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan meraih perhatian Tuhannya kerana di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampun hamba-hamba-Nya untuk diampunkan dosa mereka, meredhai mereka, melimpahkan rahmat-Nya, bahkan memperkenankan doa mereka. Untuk itu sahutlah sarananku untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, Walaupun hanya 5 minit saja. Anda harus mujahadah (bersungguh), dengan keadaan suci /wudhu', lalu katakan pada Tuhanmu:

"Ya Tuhanku, datanglah padaku kerana aku tidak mampu mendatangi-Mu."

Do’a semacam itu cukup untuk memberi kamu perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kamu sebagai seorang ‘sahabat’ yang ditemani Tuhan.


Manusia melangkaui hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Itulah kehendak Tuhan, meminta kamu untuk bersama-Nya saja, bahkan hanya untuk 5 minit daripada sekalian waktu kita yang digunakan untuk tidur atau bersenang-senangan. Siapa yang kembali pada Tuhannya di malam hari akan merasakan Allah SWT itu dekat dan mampu untuk pasrah pada-Nya walaupun di saat-saat waktu yang terberat sekalipun.

Wallahu Waliyyuttaufiq..



-am-

Al-Makr : Usaha merosakkan gambaran Islam sebenar

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya kamu akan mengikut Sunnah (jalan atau cara) orang-orang sebelum daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk lubang 'Dab' nescaya kamu juga akan memasukinya."

Hadith di atas menggambarkan kepada bahawa terdapat jenis manusia di kalangan umat Islam yang mempunyai pegangan atau pendirian yang kenyal dengan Islam, hingga apabila ada idea atau pandangan yang bukan daripada Islam yang dilihat dari segi zahirnya baik, maka ia diikuti dan dianuti walaupun ia sebenarnya boleh menjerumuskan seseorang iti ke lembah api neraka.

Sehubungan itu, Saidina Omar bin al-Khattab RA pernah berkata maksudnya :

"Kekuatan/kemuliaan/keagungan Islam akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat dalam agama Islam, orang Islam yang tidak kenal apa erti Jahiliyyah."

Sesungguhnya bahaya yang cukup mengancam umat Islam dulu, kini dan selamanya walau di manapun mereka berada ialah, ancaman konsep kebaratan dalam segala aspek kehidupan mereka.

Perkara ini telah dijelaskan oleh seorang tokoh muslim kontemporari, iaitui Ustaz Anwar al-Jundi (Mesir) dalam bukunya 'Memahami konsep islam yang betul' pada bab pertama, di mana beliau menegaskan bahawa, konsep kebaratan itu ialah menjadikan umat Islam dan Arab menerima pakai pemikiran yang bukan berorientasikan Islam sebagai paksi utama dan mungkin juga pemikiran yang diinspirasikan oleh puak barat secara total.

Pemikiran itu dijelmakan dalam bentuk Komunisme, Liberisme, Kapitalisme, Nasionalisme, Athisme dan berbaga-bagai isme ciptaan manusia yang meruntuh nilai-nilai harga diri manusia terhadap Pencipta mereka iaitu Allah SWT.

Malah ia menyumbang ke arah runtuhnya aspek kerohanian secara Islam atau cara berfikir islam yang sememangnya amat bertentangan dengan nilai negatif yang menjadikan manusia itu merasa bebas sepenuhnya tanpa ikatan dengan agama sepenuhnya.

Sesungguhnya matlamat atau tujuan utama kosep kebaratan ini ialah untuk menjauhkan orang Islam daripada berfikir secara Islam dengan rasa serba kekurangan dalam diri dan percaya ia berpotensi untuk dipertingkatkan, namun ia dirasakan sebagai satu agenda penting untuk tidak mampu bagi memajukan diri mereka keran ia telah dionarkan gambarannya di peringkat akar umbi lagi.

Bagi menghadapi ancaman bahaya tersebut, menjadi kewajipan ke atas setiap manusia bernama Islam untuk mengetahui serta memahami sedalam-dalamnya hakikat Islam itu sendiri yang sebenarnya memiliki ciri-ciri keistimewaan, sifat fitrah dan semula jadinya, konsep-konsep yang ada di dalamnya, faktor kualiti dan pada masa yang sama perlu mengetahui ancaman dunia barat yang sentiasa mencari ruang dan kesempatan bagi meruntuhkan aspek-aspek Islam.

Aspek pemikiran Islam yang berteras dan berpaksikan akar umbi dengan asal usul yang jelas dan matang mampu berdiri sendiri tanpa dibantu oleh anasir luar yang serba kekurangan dan ketandusan maklumat.

Yang menjadi duri dalam daging kepada Islam, terdapat segelintir pemikir bangsa Arab yang terikat penulisan mereka dengan unsur-unsur kebaratan, tetapi pada masa yang sama cuba dikaitkan dengan Islam yang kononnya ia boleh diintegrasikan, tetapi cara sedemikian sebenarnya akan memberi gambaran tentang Islam dalam bentuk yang menyimpang jauh dari keasliannya akibat kecetekan maklumat yang merugikan Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, maka muncullah satu bentuk pendekatan yang bukan berasal dari barat dan bukan juga dari pengajaran Islam, malah ia merupakan satu pendekatan yang palsu direka cipta oleh golongan Yahudi Zionis yang terdapat dalam kitab Talmud (menggantikan kitab Taurat yang diturunkan ke atas Nabi Musa AS) berasaskan kepada beberapa protocol yang disediakan khusus untuk meragukan orang Arab dan kaum muslimin.

Sesungguhnya manhaj keilmuan, kemasyarakatan, kejiwaan, berpolitik dan berekonomi yang telah digaris pandukan oleh barat mengandungi kelemahan yang amat ketara, ini kerana system barat mencampur-aukkan antara akal, hati, kebendaan, roh, dunia dan akhirat sebagai cara untuk menuju kesempurnaan.

Sedangkan aspek peningkatan bagi orang islam dalam membina manhaj tersebut, adalah berdasarkan kebenaran dan menuju ke arah kebenaran yang hakiki yang cuba diseleweng oleh Zionis di peringkat antarabangsa agar ia menjadi suatu pendekatan yang bersifat tidak Islamik.

-am-